Thursday, November 11, 2010
Detik Ketika Pengumuman Keputusan UPSR 2010
Bagi murid-murid yang gagal memperoleh keputusan yang cemerlang diharap janganlah terlalu kecewa dan putus asa. Peluang masih ada untuk semua murid-murid memperolehi keputusan yang baik. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada semua murid-murid.
Tuesday, August 10, 2010
1Malaysia Menjana Transformasi

Sunday, August 8, 2010
Sekilas Merdeka ke 53

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Monday, July 12, 2010
Bahana Leptospirosis
Friday, July 9, 2010
Virus Puaka Ragut Enam Nyawa Dalam Tiga Hari
Mangsa pertama adalah seorang peneroka Felda Ulu Jempol yang juga waris kepada mangsa lemas, Zakaria Ayub, 52, pada 3 Jun lalu selepas mengalami simptom deman panas, batuk, muntah dan sakit sendi. Menurutnya anak kedua mangsa, Mohd Zaidi, 28, arwah bapanya berada di lokasi kejadian lemas itu pada tiga hari pertama operasi sebelum demam dengan mengadu rasa amat sejuk walaupun suhu badan panas.
Thursday, July 8, 2010
Friday, April 16, 2010
Ceramah Kesedaran Influenza A (H1N1)
Satu sesi ceramah berkenaan kesedaran H1N1 telah diadakan pada pagi ini. Bertempat di dewan sekolah sjkc jerik jam 8.30 pagi semua murid-murid berkumpul untuk mendengar pesanan dan sedikit taklimat daripada pegawai kesihatan.. Murid-murid dan ibu bapa diberi topeng muka secara percuma sebagai langkah pencegahan awal wabak H1N1.
Semasa sesi ceramah itu, pegawai kesihatan memaklumkan bahawa tahap kawalan wabak H1N1 di sekolah ini adalah sangat memuaskan. Segala info-info berkenaan influenza A H1N1 boleh didapati dipapan kenyataan sekolah yang dikhaskan.
Read more...Sunday, April 11, 2010
Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010
Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)
1. 12 - 13 April 2010 Johor
2. 14 - 15 April 2010 Perak
3. 16 April 2010 Melaka & Perlis
4. 17 April 2010 Terbuka kepada semua negeri
5. 18 April 2010 Kelantan
6. 19 - 20 April 2010 Sabah
7. 21 - 23 April 2010 Sarawak
8. 24 April 2010 Terbuka kepada semua negeri
9. 25 - 26 April 2010 Kedah
10. 27 - 28 April 2010 Selangor
11. 29 April 2010 Negeri Sembilan
12. 30 April 2010 Pahang
13. 1 Mei 2010 Umum - Hari Pekerja
14. 2 Mei 2010 Terbuka kepada semua negeri
15. 3 Mei 2010 Pulau Pinang
16. 4 Mei 2010 Terengganu
17. 5 Mei 2010 WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
18. 6 - 9 Mei 2010 Terbuka kepada semua negeri yang terlewat
Thursday, March 25, 2010
Kejohanan Olahraga & Balapan
Kekecewaan jelas terpancar diraut wajah peserta yang gagal. Namun dengan semangat yang ditunjukkan tidak mustahil pada kejohanan yang akan datang akan memberi rezeki kemenangan kepada mereka. Secara keseluruhannya melalui aktiviti sukan yang dianjurkan dapat menghimpunkan semua bangsa tidak mengira keturunan,warna kulit dan agama.
Sunday, February 28, 2010
Virus terbaru mampu curi kata laluan Facebook
Ia dibangunkan dengan tujuan khusus iaitu mencuri kata laluan perbankan dan mengumpul maklumat sensitif pelanggan.
Menurut pembangun perisian anti-virus, McAfee Inc, pelanggan akan menerima e-mel mengarahkan kata laluan akaun Facebook perlu diset semula, di mana pengguna diarahkan membuka lampiran supaya daftar masuk baru (login) diperoleh.
Syarikat itu berkata, sekiranya lampiran itu dibuka, ia akan memuat turun beberapa jenis perisian yang boleh mengancam keselamatan maklumat penting seperti kemungkinan kata laluan dicuri. Sementara itu, jurucakap Facebook, berkata syarikat itu tidak dapat memberikan ulasan lanjut berhubung kes terbabit, tetapi mengarahkan pihak media untuk mengunjungi laman webnya bagi mendapatkan maklumat terkini seperti memberi amaran kepada pengguna berhubung e-mel palsu dan menyarankan supaya membuang e-mel terbabit. – www.reuters.com
Tuesday, February 2, 2010
Profesor atasi Gred Naib Canselor
PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut perguruan supaya jawatan profesor tidak semestinya dibendung oleh jawatan yang dipegang naib canselor.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, itu bermaksud sekiranya terdapat profesor yang amat berwibawa dan tersohor, mereka boleh memperolehi gred lebih tinggi daripada seorang naib canselor.
"Ini satu perubahan yang menetapkan kepada penilaian seseorang itu dari segi tahap keilmuan yang ada pada dia dan ini bererti bahawa tidak semestinya seorang itu nak naik pangkat mesti merebut jawatan untuk jadi naib canselor atau timbalan naib canselor," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Read more...