Hari Anugerah & Penyampaian Hadiah (16/11/10)....Keputusan UPSR 2010....LIM SI YAN - 7A...VON SEAK FUN - 6A 2B...TOH KA YAN - 5A 2B...TEE XIN NIE - 5A 2B...GAN TIAN PAU - 5A 2B...TAHNIAH!!!

Sunday, March 2, 2008

Sejarah Sekolah

SRJK (C) Sg Jerik terletak sejauh suku batu dari laluan pekan sg jerik ( digelar juga Ladang Ng Tong Kiat ) ke Jerantut. Ia berjarak 35 batu dari Jerantut dan Maran hanya 20 batu. SRJK(C) Jerik pernah digelar Sekolah Rendah Cina yang terletak di dalam kawasan kilang papan Ng Tong Kiat. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1956 yang diketuai Encik Ng Tong Kiat, pengurus ladang Ng Tong Kiat dan kilang papan Ng Tong Kiat. Buat permulaan, hanya 2 buah bilik darjah yang disertai 2 orang guru dan sepuluh 10 anak tempatan. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Encik Ng Tong Kiat. Guru Besar yang pertama ialah Encik Loh Kar Sheng.

Oleh kerana penempatan Sekolah Rendah Cina dalam kawasan kilang papan bukan tempat pengajaran - pembelajaran yang sesuai, lembaga pengarah pada masa itu memohon tapak pembinaan sekolah yang baru dengan Jabatan Daerah di samping membuat permohonan di Jabatan Pelajaran bagi pembinaan bangunan SRJK (C) Sg Jerik.

Pada tahun 1965, kerajaan telah meluluskan sebidang tanah seluas 4 ekar di suku batu dari laluan pekan ke Jerantut bagi tapak pembinaan sekolah. Bulan Mei tahun yang sama di bawah naungan dan pimpinan pengerusi lembaga pengarah Encik Tan Yew Yee, Encik Yap Song Lai dan Encik Teh Siew Miao sebuah jawatankuasa pembinaan bangunan sekolah ditubuhkan. Di samping 3 ajk yang disebutkan ahli-ahlinya termasuk Encik Tan Yew Kiah, Encik Ng Mei Teck, Encik Loh Cheng Boon, Encik Chen Yuan, Encik Ong Swee Hoe, Encik Fang Cheng Chee dan sebagainya. Lanjutan dari penubuhan ajk di atas, ahli-ahlinya memulakan projeknya dengan sokongan dan sambutan dari masyarakat umum. AJK tersebut pula meminta bantuan daripada Encik Ng Tong Kiat, Persatuan Lee Encik Lao Kian Lock dan Tai Tong Enterprise dan mendapat sokongan yang penuh.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP