Hari Anugerah & Penyampaian Hadiah (16/11/10)....Keputusan UPSR 2010....LIM SI YAN - 7A...VON SEAK FUN - 6A 2B...TOH KA YAN - 5A 2B...TEE XIN NIE - 5A 2B...GAN TIAN PAU - 5A 2B...TAHNIAH!!!

Thursday, November 11, 2010

Ragam Murid-Murid UPSR 2010

Suasana sebelum murid-murid memperoleh keputusan UPSR.

Murid yang memperoleh keputusan cemerlang bagi tahun 2010
adik Von Seak Fun- 6A 1B (kiri) & adik Lim Si Yan - 7A (kanan)

Perasaan murid-murid selepas menerima keputusan UPSR masing-masing.

Read more...

Detik Ketika Pengumuman Keputusan UPSR 2010


Suasana sebelum & selepas pengumuman keputusan UPSR 2010. Seperti yang dijangka murid-murid yang menjadi harapan kepada sekolah telah memperolehi keputusan yang cemerlang. Tahniah diucapkan kepada adik Lim Si Yan yang merupakan anak kepada Guru Besar SJK(C) Jerik. Beliau memperoleh keputusan yang amat membanggakan iaitu 7A dalam semua subjek yang diambil.

Bagi murid-murid yang gagal memperoleh keputusan yang cemerlang diharap janganlah terlalu kecewa dan putus asa. Peluang masih ada untuk semua murid-murid memperolehi keputusan yang baik. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada semua murid-murid.

Read more...

Tuesday, August 10, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi


Pemberian JALUR GEMILANG kepada murid-murid semasa menyanyi lagu KERANAMU MALAYSIA..

Suasana ketika lagu tema kemerdekaan dimainkan..Murid-murid bersama-sama menyanyikan lagu tersebut dengan penuh bersemangat...

Read more...

Sunday, August 8, 2010

Sekilas Merdeka ke 53






Sekilas Merdeka ke 53 SJK(C) JERIK..persekitaran sekolah telah dikibarkan Jalur Gemilang menandakan sambutan yang hampir tiba. Guru-guru dan murid-murid diwajibkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang disetiap kelas masing-masing. Walaupun detik bersejarah tersebut masih belum tiba semua warga SJKC JERIK begitu bersemangat.

Read more...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Salam Ramadhan 1431H kepada semua warga SJK(c) Jerik yang beragama islam. Semoga dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna. Tingkatkan amalan dan rebutlah pahala yang dijanjikan pada bulan yang mulia ini. Istiqamah dalam membuat kebajikan dan amal ibadah. Semoga ramadhan ini akan diberkati hendaknya. amiin...



Read more...

Monday, July 12, 2010

Bahana Leptospirosis

Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira iaitu bakteria yang berbentuk berpilin (bergelung) yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi ada sekadar menjadi pembawa dan tidak mengalami masalah. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti lembu, babi, kuda, anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

Read more...

Friday, July 9, 2010

Virus Puaka Ragut Enam Nyawa Dalam Tiga Hari

ULU JEMPOL - Sejenis virus yang dikatakan ‘datang’ dari lokasi mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu pada 26 Jun lalu dipercayai meragut nyawa enam penduduk daerah ini dalam masa enam hari iaitu tiga hari selepas mayat dijumpai. Kesemua kematian itu disebabkan virus yang sama dan membabitkan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak dalam operasi mencari mangsa lemas di pusat perkelahan itu.

Mangsa pertama adalah seorang peneroka Felda Ulu Jempol yang juga waris kepada mangsa lemas, Zakaria Ayub, 52, pada 3 Jun lalu selepas mengalami simptom deman panas, batuk, muntah dan sakit sendi. Menurutnya anak kedua mangsa, Mohd Zaidi, 28, arwah bapanya berada di lokasi kejadian lemas itu pada tiga hari pertama operasi sebelum demam dengan mengadu rasa amat sejuk walaupun suhu badan panas.

Read more...

Thursday, July 8, 2010

Gambar Sekitar Operasi Menyelamat Lubuk Yu




Read more...

Friday, April 16, 2010

Ceramah Kesedaran Influenza A (H1N1)


Satu sesi ceramah berkenaan kesedaran H1N1 telah diadakan pada pagi ini. Bertempat di dewan sekolah sjkc jerik jam 8.30 pagi semua murid-murid berkumpul untuk mendengar pesanan dan sedikit taklimat daripada pegawai kesihatan.. Murid-murid dan ibu bapa diberi topeng muka secara percuma sebagai langkah pencegahan awal wabak H1N1.

Semasa sesi ceramah itu, pegawai kesihatan memaklumkan bahawa tahap kawalan wabak H1N1 di sekolah ini adalah sangat memuaskan. Segala info-info berkenaan influenza A H1N1 boleh didapati dipapan kenyataan sekolah yang dikhaskan.

Read more...

Sunday, April 11, 2010

Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010

Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)

1. 12 - 13 April 2010 Johor
2. 14 - 15 April 2010 Perak
3. 16 April 2010 Melaka & Perlis
4. 17 April 2010 Terbuka kepada semua negeri
5. 18 April 2010 Kelantan
6. 19 - 20 April 2010 Sabah
7. 21 - 23 April 2010 Sarawak
8. 24 April 2010 Terbuka kepada semua negeri
9. 25 - 26 April 2010 Kedah
10. 27 - 28 April 2010 Selangor
11. 29 April 2010 Negeri Sembilan
12. 30 April 2010 Pahang
13. 1 Mei 2010 Umum - Hari Pekerja
14. 2 Mei 2010 Terbuka kepada semua negeri
15. 3 Mei 2010 Pulau Pinang
16. 4 Mei 2010 Terengganu
17. 5 Mei 2010 WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
18. 6 - 9 Mei 2010 Terbuka kepada semua negeri yang terlewat

Read more...

Thursday, March 25, 2010

Kejohanan Olahraga & Balapan

Satu kejohanan olahraga & balapan telah diadakan pada 24/03/10 bagi sekolah-sekolah zon jempul. Sjkc jerik telah menghantar beberapa atlit bagi menyertai kejohanan tahunan itu. Walaupun tidak memenangi sebarang acara tetapi semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat samada muri-murid dan guru-guru amat dihargai. Acara seperti itu perlu disambut baik kerana melalui aktiviti sukan itulah semua pihak dapat mengeratkan silaturrahim.

Kekecewaan jelas terpancar diraut wajah peserta yang gagal. Namun dengan semangat yang ditunjukkan tidak mustahil pada kejohanan yang akan datang akan memberi rezeki kemenangan kepada mereka. Secara keseluruhannya melalui aktiviti sukan yang dianjurkan dapat menghimpunkan semua bangsa tidak mengira keturunan,warna kulit dan agama.

Read more...

Sunday, February 28, 2010

Virus terbaru mampu curi kata laluan Facebook

BOSTON: Penggodam membanjiri Internet dengan spam dicemari virus yang mensasarkan kira-kira 400 juta pengguna Facebook.
Ia dibangunkan dengan tujuan khusus iaitu mencuri kata laluan perbankan dan mengumpul maklumat sensitif pelanggan.
Menurut pembangun perisian anti-virus, McAfee Inc, pelanggan akan menerima e-mel mengarahkan kata laluan akaun Facebook perlu diset semula, di mana pengguna diarahkan membuka lampiran supaya daftar masuk baru (login) diperoleh.

Syarikat itu berkata, sekiranya lampiran itu dibuka, ia akan memuat turun beberapa jenis perisian yang boleh mengancam keselamatan maklumat penting seperti kemungkinan kata laluan dicuri. Sementara itu, jurucakap Facebook, berkata syarikat itu tidak dapat memberikan ulasan lanjut berhubung kes terbabit, tetapi mengarahkan pihak media untuk mengunjungi laman webnya bagi mendapatkan maklumat terkini seperti memberi amaran kepada pengguna berhubung e-mel palsu dan menyarankan supaya membuang e-mel terbabit. – www.reuters.com

Read more...

Tuesday, February 2, 2010

Profesor atasi Gred Naib Canselor

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut perguruan supaya jawatan profesor tidak semestinya dibendung oleh jawatan yang dipegang naib canselor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, itu bermaksud sekiranya terdapat profesor yang amat berwibawa dan tersohor, mereka boleh memperolehi gred lebih tinggi daripada seorang naib canselor.

"Ini satu perubahan yang menetapkan kepada penilaian seseorang itu dari segi tahap keilmuan yang ada pada dia dan ini bererti bahawa tidak semestinya seorang itu nak naik pangkat mesti merebut jawatan untuk jadi naib canselor atau timbalan naib canselor," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP