Bahana Leptospirosis
Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira iaitu bakteria yang berbentuk berpilin (bergelung) yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi ada sekadar menjadi pembawa dan tidak mengalami masalah. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti lembu, babi, kuda, anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Gejala leptospirosis biasanya muncul dalam masa dua hingga 25 hari selepas seseorang itu terdedah kepada kencing, darah atau cebisan tisu haiwan dijangkiti. Bagaimanapun, bakteria daripada kencing haiwan ini boleh tersebar melalui air atau tanah. Manusia boleh mendapat jangkitan apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain.
Fasa pertama menyebabkan gejala seperti:
- Sakit kepala.
- Sakit otot.
- Mata menjadi sensitif terhadap cahaya terang atau sakit mata.
- Seram sejuk.
- Demam panas secara tiba-tiba.
- Sakit otot.
- Mata menjadi sensitif terhadap cahaya terang atau sakit mata.
- Seram sejuk.
- Demam panas secara tiba-tiba.
Gejala fasa kedua:
- Gejala fasa pertama berulang dan demam.
- Leher terasa sakit dan tegang.
- Sesetengah pesakit mengalami keradangan saraf mata dan selaput otak (meningitis).
- Leher terasa sakit dan tegang.
- Sesetengah pesakit mengalami keradangan saraf mata dan selaput otak (meningitis).
Gejala fasa ketiga:
- Demam.
- Sakit otot.
- Jangkitan pada pundi kencing, paru-paru dan jantung (jarang berlaku).
- Sakit otot.
- Jangkitan pada pundi kencing, paru-paru dan jantung (jarang berlaku).