Hari Anugerah & Penyampaian Hadiah (16/11/10)....Keputusan UPSR 2010....LIM SI YAN - 7A...VON SEAK FUN - 6A 2B...TOH KA YAN - 5A 2B...TEE XIN NIE - 5A 2B...GAN TIAN PAU - 5A 2B...TAHNIAH!!!

Thursday, March 25, 2010

Kejohanan Olahraga & Balapan

Satu kejohanan olahraga & balapan telah diadakan pada 24/03/10 bagi sekolah-sekolah zon jempul. Sjkc jerik telah menghantar beberapa atlit bagi menyertai kejohanan tahunan itu. Walaupun tidak memenangi sebarang acara tetapi semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat samada muri-murid dan guru-guru amat dihargai. Acara seperti itu perlu disambut baik kerana melalui aktiviti sukan itulah semua pihak dapat mengeratkan silaturrahim.

Kekecewaan jelas terpancar diraut wajah peserta yang gagal. Namun dengan semangat yang ditunjukkan tidak mustahil pada kejohanan yang akan datang akan memberi rezeki kemenangan kepada mereka. Secara keseluruhannya melalui aktiviti sukan yang dianjurkan dapat menghimpunkan semua bangsa tidak mengira keturunan,warna kulit dan agama.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP