Hari Anugerah & Penyampaian Hadiah (16/11/10)....Keputusan UPSR 2010....LIM SI YAN - 7A...VON SEAK FUN - 6A 2B...TOH KA YAN - 5A 2B...TEE XIN NIE - 5A 2B...GAN TIAN PAU - 5A 2B...TAHNIAH!!!

Sunday, February 28, 2010

Virus terbaru mampu curi kata laluan Facebook

BOSTON: Penggodam membanjiri Internet dengan spam dicemari virus yang mensasarkan kira-kira 400 juta pengguna Facebook.
Ia dibangunkan dengan tujuan khusus iaitu mencuri kata laluan perbankan dan mengumpul maklumat sensitif pelanggan.
Menurut pembangun perisian anti-virus, McAfee Inc, pelanggan akan menerima e-mel mengarahkan kata laluan akaun Facebook perlu diset semula, di mana pengguna diarahkan membuka lampiran supaya daftar masuk baru (login) diperoleh.

Syarikat itu berkata, sekiranya lampiran itu dibuka, ia akan memuat turun beberapa jenis perisian yang boleh mengancam keselamatan maklumat penting seperti kemungkinan kata laluan dicuri. Sementara itu, jurucakap Facebook, berkata syarikat itu tidak dapat memberikan ulasan lanjut berhubung kes terbabit, tetapi mengarahkan pihak media untuk mengunjungi laman webnya bagi mendapatkan maklumat terkini seperti memberi amaran kepada pengguna berhubung e-mel palsu dan menyarankan supaya membuang e-mel terbabit. – www.reuters.com

Read more...

Tuesday, February 2, 2010

Profesor atasi Gred Naib Canselor

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut perguruan supaya jawatan profesor tidak semestinya dibendung oleh jawatan yang dipegang naib canselor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, itu bermaksud sekiranya terdapat profesor yang amat berwibawa dan tersohor, mereka boleh memperolehi gred lebih tinggi daripada seorang naib canselor.

"Ini satu perubahan yang menetapkan kepada penilaian seseorang itu dari segi tahap keilmuan yang ada pada dia dan ini bererti bahawa tidak semestinya seorang itu nak naik pangkat mesti merebut jawatan untuk jadi naib canselor atau timbalan naib canselor," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP