Ragam Murid-Murid UPSR 2010
adik Von Seak Fun- 6A 1B (kiri) & adik Lim Si Yan - 7A (kanan)
Read more...


Satu sesi ceramah berkenaan kesedaran H1N1 telah diadakan pada pagi ini. Bertempat di dewan sekolah sjkc jerik jam 8.30 pagi semua murid-murid berkumpul untuk mendengar pesanan dan sedikit taklimat daripada pegawai kesihatan.. Murid-murid dan ibu bapa diberi topeng muka secara percuma sebagai langkah pencegahan awal wabak H1N1.
Semasa sesi ceramah itu, pegawai kesihatan memaklumkan bahawa tahap kawalan wabak H1N1 di sekolah ini adalah sangat memuaskan. Segala info-info berkenaan influenza A H1N1 boleh didapati dipapan kenyataan sekolah yang dikhaskan.
Read more...Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)
1. 12 - 13 April 2010 Johor
2. 14 - 15 April 2010 Perak
3. 16 April 2010 Melaka & Perlis
4. 17 April 2010 Terbuka kepada semua negeri
5. 18 April 2010 Kelantan
6. 19 - 20 April 2010 Sabah
7. 21 - 23 April 2010 Sarawak
8. 24 April 2010 Terbuka kepada semua negeri
9. 25 - 26 April 2010 Kedah
10. 27 - 28 April 2010 Selangor
11. 29 April 2010 Negeri Sembilan
12. 30 April 2010 Pahang
13. 1 Mei 2010 Umum - Hari Pekerja
14. 2 Mei 2010 Terbuka kepada semua negeri
15. 3 Mei 2010 Pulau Pinang
16. 4 Mei 2010 Terengganu
17. 5 Mei 2010 WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
18. 6 - 9 Mei 2010 Terbuka kepada semua negeri yang terlewat
PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut perguruan supaya jawatan profesor tidak semestinya dibendung oleh jawatan yang dipegang naib canselor.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, itu bermaksud sekiranya terdapat profesor yang amat berwibawa dan tersohor, mereka boleh memperolehi gred lebih tinggi daripada seorang naib canselor.
"Ini satu perubahan yang menetapkan kepada penilaian seseorang itu dari segi tahap keilmuan yang ada pada dia dan ini bererti bahawa tidak semestinya seorang itu nak naik pangkat mesti merebut jawatan untuk jadi naib canselor atau timbalan naib canselor," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Read more...SRJK (C) Sg Jerik terletak sejauh suku batu dari laluan pekan sg jerik ( digelar juga Ladang Ng Tong Kiat ) ke Jerantut. Ia berjarak 35 batu dari Jerantut dan Maran hanya 20 batu. SRJK(C) Jerik pernah digelar Sekolah Rendah Cina yang terletak di dalam kawasan kilang papan Ng Tong Kiat. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1956 yang diketuai Encik Ng Tong Kiat, pengurus ladang Ng Tong Kiat dan kilang papan Ng Tong Kiat. Buat permulaan, hanya 2 buah bilik darjah yang disertai 2 orang guru dan sepuluh 10 anak tempatan. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Encik Ng Tong Kiat. Guru Besar yang pertama ialah Encik Loh Kar Sheng.
Oleh kerana penempatan Sekolah Rendah Cina dalam kawasan kilang papan bukan tempat pengajaran - pembelajaran yang sesuai, lembaga pengarah pada masa itu memohon tapak pembinaan sekolah yang baru dengan Jabatan Daerah di samping membuat permohonan di Jabatan Pelajaran bagi pembinaan bangunan SRJK (C) Sg Jerik.
Pada tahun 1965, kerajaan telah meluluskan sebidang tanah seluas 4 ekar di suku batu dari laluan pekan ke Jerantut bagi tapak pembinaan sekolah. Bulan Mei tahun yang sama di bawah naungan dan pimpinan pengerusi lembaga pengarah Encik Tan Yew Yee, Encik Yap Song Lai dan Encik Teh Siew Miao sebuah jawatankuasa pembinaan bangunan sekolah ditubuhkan. Di samping 3 ajk yang disebutkan ahli-ahlinya termasuk Encik Tan Yew Kiah, Encik Ng Mei Teck, Encik Loh Cheng Boon, Encik Chen Yuan, Encik Ong Swee Hoe, Encik Fang Cheng Chee dan sebagainya. Lanjutan dari penubuhan ajk di atas, ahli-ahlinya memulakan projeknya dengan sokongan dan sambutan dari masyarakat umum. AJK tersebut pula meminta bantuan daripada Encik Ng Tong Kiat, Persatuan Lee Encik Lao Kian Lock dan Tai Tong Enterprise dan mendapat sokongan yang penuh.
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP